Saturday, 8 November 2014

Bertanya mengapa

Aku hairan mengapa - aku selalu menangis
Aku berasa begitu takut dan sendiri
Aku hairan mengapa - aku tidak boleh tidur di dalam hari
Aku hairan mengapa - segalanya harus berjalan begini
Aku hairan mengapa - aku tidak boleh bahagia

Aku hairan mengapa - ayahku meninggalkan ku
Aku hairan mengapa - jimmy melakukan hal yang sama
Aku hairan mengapa - seperti setiap lelaki
Pada akhirnya menyakitkan aku

Kadang aku hairan mengapa aku
Kadang aku berharap aku adalah orang lain
Orang mengatakan kepada aku bahawa itu (semua)
akan baik jua akhirnya
Aku ingin tahu - bilakah itu (menjadi ) baik - baik saja ?
Bila hal -hal  akn berubah?
Bila aku bahagia?

Aku hairan mengapa hidup begitu sukar
Aku bertanya-tanya mengapa- kita harus menghadapi cabaran
Aku hairan mengapa- aku harus mengambilnya satu hari pada satu waktu
Aku hairan mengapa- semuanya memerlukan waktu yang lama


Aku hairan mengapa - hati aku sakit
Aku hairan mengapa - aku berasa begitu keseorangan
Aku hairan mengapa - sakitnya begitu keseorangan diri
Aku hairan mengapa - ini berlaku padaku

Friday, 7 November 2014

mentaati ibu bapa

Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah. 

Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal.

  Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. 

 Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah s.w.t.  bermaksud: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra  ayat 24).

4. Memberi perhatian. 

Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. 

Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain.

Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: "Saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu baginda bersabda maksudnya : : "Sembahyang pada waktunya.""Kemudian apa?"tanya saya lagi.Baginda s.a.w.  menjawab : "Berbakti kepada kedua ibu bapa."Saya bertanya : "Apa lagi ?" Jawab baginda : "Berjihad pada jalan Allah."

6. Melakukan apa yang disukai. 

Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.
"(Hadis riwayat Tirmizi).Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: "Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati."

7. Bercakap dengan lemah lembut.

  Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.Firman Allah s.a.w. bermaksud: "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut
" (Surah al-Israk, ayat 23).Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan.

  Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama.

 Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendo'akan kebaikan untuk ibu bapa.

 Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendo'akan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendo'akan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.
" (Hadis riwayat Muslim).Sahabat yang dimuliakan,Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.Abu Laith Samarqandi meriwayatkan bahawa datang seorang pemuda berkata kepada Rasulullah s.a.w, "Ya Rasulullah, ibu saya sakit di tempat saya, maka sayalah yang memberi makan dan minum. Tangan sayalah yang mewudhukkan mereka, mengangkat di atas bahu saya. Apakah dengan itu terbalas jasa-jasa mereka?"Jawab Nabi s.a.w yang bermaksud, "Belum satupun dari jasa-jasa mereka! Cuma kau telah berbuat baik, dan Allah akan memberi pahala yang besar terhadap amal kau yang sedikit itu."Rasulullah s.a.w. pernah mencela bagi mereka yang memiliki ibu bapa yang telah lanjut usia mereka namun masih tidak mampu untuk memasuki Syurga.Baginda pernah bersabda maksudnya : “Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!” Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab: “Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki Syurga.” (Hadis riwayat Muslim)  Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu rahsia kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu rahsia yang disimpan oleh orang tua kia.

Tuesday, 16 September 2014

Betulkah perasaan itu anugerah?

Assalamualaikum..

minggu ni ada macam-macam rasa,

macam-macam perkara fikir dalam kepala..

yang penting, Allah selalu ada bersama kita..

Alhamdulillah.. terima kasih Allah..

bercakap secara general, semua orang pasti mengalami saat-saat mempunyai 

perasaan yang sukar untuk diungkapkan..

bak kata orang, buat kerja semue serba tak kena

makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah..

ada orang cakap perasaan macam tu adalah anugerah..

betul ke??

betol betol betol!

perasaan itu anugerah sekiranya kerana Allah..

ramai orang yang kononnya bercinta kerana Allah,

tapi ada jugak yang bercinta kerana Allah tu, putus ditengah jalan,

so kerana Allah ke tu?

mungkin ya, mungkin juga tidak..

bercinta kerana Allah itu, bukan sekadar dimulut, 

tapi dengan hati dan perbuatan sekali..

hanya Allah yang tahu kita bercinta tu berlandaskan cinta kerana Allah ataupun tidak..

yang paling afdal adalah perkahwinan,

cinta selepas kawen lebih barakah..

lebih terasa manisnya..

okay okay, terlebih emo pulak b,

bukan b nak citer pasal cinta after nikah pon..

ni citer lain..

citer yang tiba-tiba je boleh ada perasaan tu..

dah lama b tak alami perasaan yang macam ni..

sebelum ni (semasa b jahil tentang kehidupan), 

ada la jugak timbul perasaan ni,

dah timbul tu layan je la..

siapa tak nak rasa camtu?

...................

tapi hakikat yang perlu b lalui adalah

hati tak tenang, rasa macam jiwa kacau pulak..

tapi perasaan tu tak lama

bayangnya berlalu dek masa dan jarak yang memisahkan..

masa yang berlalu, menjadikan b semakin belajar mengenal kehidupan..

kehidupan yang 100% pergantungan kita bukan pada siapa-siapa,

tetapi hanya pada si Dia yang Maha Esa...

namun kini b didatangi lagi dengan perasaan itu..

ya perasaan itu indah..

namun hakikatnya itu semua adalah ujian..

ujian sejauh mana kewarasan b berfikir,

sejauh mana kebergantugan b pada si Dia..

menangis mohon petunjuk,

Alhamdulillah,

B masih punya Allah untuk mengadu,

ternyata perasaan yang hadir itu bukan anugerah untuk b,

ia cuma bisikan syaitan untuk melekakan b kepada Pencipta saya sahaja..

kini b semakin tenang menghadapinya...

mohon ketenangan yang berpanjangan ya Allah...

............................................................

         Hadis nabi yang bermaksud: 

‘sesiapa yg jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya, hingga kematian 

datang menjemputnya, maka dia adalah seorg yg syahid.’

- riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain.

  Dalam riwayat lain pula bermaksud: 

‘ sesiapa yg jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan 

bersabar hingga meniggal dunia, maka dia adalah seorg yg syahid.’

Ya Allah, andainya dia adalah jodoh yg ditetapkan olehMu kpd b,

maka, campakkanlah ke dlm hati b, cintanya adlh krn-Mu,

dan campakkanlah ke dlm hatinya, cinta kpd b adlh krn-Mu.

Namun, andainya dia bukanlah jodoh yg ditetapkan oleh-Mu kpd b,

berikanlah b kekuatan agar pasrah dlm mengharungi ujian,

yg Kau berikan kpd b….

Ya Allah sekiranya perasaan ini hanya bisikan syaitan yang

hadir semata-mata untuk melekakan b terhadapMu,

maka Engkau jauhkanlah ia dari b,

peliharalah b untuk sentiasa tidak melupakanMu..

...........................................................................

kadang-kadang Allah hantar seseorang untuk menguji kita,

kadang-kadang Allah hilangkan seseorang untuk menguji kita,

kadang-kadang Allah beri kesakitan untuk menguji kita,

dan kadang-kadang Allah beri keselesaan juga untuk menguji kita..

-jangan mengeluh-

*copy daripada status kawan di Google+*

perasaan itu adalah anugerah,

malah ia juga satu ujian bagaimana untuk kita memelihara perasaan itu..

hope the points will share to others...

wassalam

Monday, 8 September 2014

Andaikata Fahnur telephone itu…

“FAHNUR MAHU JADI TELEFON”
             [ PINTAR ]
Untuk ustazah Bahiyah terima kasih meminjamkan internet untuk fahnur..fahnur seperti mendapat satu pengajaran dari ustazah untuk fahnur share pada rakan2 fahnur yang berada diluar sana, yang fahnur tinggalkan beberapa hari yang lalu…fahnur rindu pada mereka kerana susah senang fahnur hanya bersama mereka..sakit demam fahnur hanya bersama mereka…sunyi fahnur hanya bersama mereka. Dunia fahnur adalah maya dan quran..ustazah terima kasih kerana memahami hati ini..Terima kasih walaupun sebentar..
ANDAI KATA ALLAH MENDENGAR…BURUNG2 DISINI MENDENGAR…BEGITU JUGA ANGIN2 DISINI BERDESIR
SIAPA YANG TAHU HATI INI….

Siapa yang mengetahui isi hati seseorang?

siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? Bila kalian melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia?

Bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah kenyataannya seperti yang kalian lihat?

Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati ini sendiri, kadangkala diri ini tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.

 Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati.  Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya hati ini rasakan saat itu.

Apabila diri ini bahagia tidak perlu diri ini memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika diri ini bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa diri ini hingga membuat diri ini bersedih.

Begitu juga ketika hati diri ini merasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya.

Cukuplah diri ini sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat diri ini menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat diri ini mengadu, tempat diri berserah diri.

“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”

Waktu ini, disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah – olah  ia ingin tersenyum setiap saat.

Ya, di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, dia sedang menunggu hari besar dalam hidupnya.

Fahnur dapat membayangkan bagaimana hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan suka cita.

Tetapi sebaliknya, disini ada hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagiaan yang dirasakan olehnya.

Tahukah dia bahawa ada hati yang sakit disaat dia sedang merasakan kebahagiaan yang sempurna?

Tahukah dia bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa?

Fahnur mahu menceritakan karangan yang fahnur pernah buat untuk ibu dan ayah semasa fahnur menjawab karangan Bahasa Melayu sewaktu ketika dulu..dan ibu fahnur sendiri yang menandakan kertas itu…..
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
  Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu, buku
karangan anak muridnya……
   Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya..dia telah menjadi emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis semahu mahunya… Si suami ternampak lalu datang menghampiri guru tersebut..
” Isteri abang!!! Kenapa menangis ni” ???……
Si isteri sambil teresak esak menghulurkan buku itu kepada suaminya
” Abang lihatlah karangan budak ini”……ujar si guru tersebut.
    Suami guru tersebut membaca dengan penuh khusyuk….
 
” Jadikan fahnur telefon pintar”
**********************************
Sambil merenung langit dari bangunan tingkat atas…hati fahnur berkata :
….. Oh Tuhan!!! Malam ini fahnur ingin memohon kepada mu, sesuatu yang istimewa..
Fahnur harap DIKAU perkenankan lah..
….. Jadikan lah fahnur sebuah telefon pintar….agar fahnur dapat menikmati kehidupan sebagaimana telefon pintar Ayah dan Ibu…..serta fahnur ingin memiliki “tempat” tersendiri di dalam hati kedua mereka dan menjadikan keluarga sentiasa melihat fahnur yang jauh dari mereka……
…… Fahnur akan diberikan perhatian serius ketika dilihat dan fahnur ingin sangat menerima penjagaan yang sama seperti telefon pintar Ayah dan Ibu……
…… Ayah akan memegang dan membelai fahnur setiap kali ayah pulang dari kerja walau pun ia nampak keletihan……
……. Dan Ibu pula akan sentiasa bersama fahnur disaat Ibu gembira atau bersedih.. kerana fahnur lah kesayangan nya seperti diri fahnur menggunakan maya ini……
……. Fahnur juga ingin sangat abang meluangkan sedikit masa untuk fahnur Ya Allahhhh…. fahnur tak mahu kehilangan kasih sayang ini..kasih sayang yang fahnur impikan selama ini

…….. Fahnur amat inginkan bahawa keluarga dan abang mengketepikan sedikit kepentingan lain dan meluangkan sedikit waktu untuk bersama fahnur Ya- Allahhh……..
……. Akhirnya, jadikan fahnur mampu membuat semua yang
fahnur sayangi itu merasa gembira dan terhibur…….

……. Tuhan!!!.. Fahnur tidak meminta lebih dari itu..fahnur hanya mahu hidup sebagai telefon pintar mereka pada setiap masa……. Kabulkan lah permintaan fahnur Ya…Allah..
Amin……………

Selesai si suami membaca karangan tersebut, ia mengeluh..Masyallahhhhh….
Kasihannyaaaa…. Anak ini, miskin kasih sayang Ibu dan ayah serta keluarga nya yang teruk………..+
  Mendengar itu..’ Tangisan si isteri tersebut semakin kuat’…..dan dalam teresak esak…ia memberi tahu…… “” Abangggg..
itu karangan anak kitaaaaa,..””
Si suami mendengar, langsung terduduk……..]]]]
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Pengajaran yang dapat dalam cerita ini…
Jika diperhatikan hari ini… Ayah dan Ibu. sibuk focus pada hand phone masing masing..layan fb.. layan email, twitter, what’s app, wechat dan bermacam macam lagi… Kadang kadang anak datang kat sebelah hendak bermanja… Disuruh pergi main jauh jauh….
Assalamualaikum… kepada ibu ayah dan abng2 fahnur semua…. Luangkan lah sedikit masa untuk anak anak . Kerana mereka itu ada lah anugerah Allah kepada kalian….usah abaikan mereka…
Mereka amat amat memerlukan perhatian dan kasih sayang kedua Ibu dan ayah… Jangan biarkan ia mendapat kasih sayang dari tempat yang salah…akhir sekali………..,,
JANGAN JADIKAN IA disatu masa nanti HILANG PEDULI PADA KALIAN…… KERANA KEPEDULIAN ANAK2 KEPADA KALIAN SELAMA INI, TIDAK DI HARGAI……../////////////// .